Shin Tae-yong Kecewa Dengan Pemain Indonesia
Dunia
Pssi
Advertisements

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong mengakui kecewa dengan prestasi barisan pemainnya meskipun telah berjaya layak ke separuh akhir dalam saingan Piala AFF Mitshibushi 2022. 

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berasa tidak puas hati disebabkan beberapa pemainnya yang gagal menggunakan peluang sebaik mungkin untuk menjaringkan gol. 

Melihat dalam beberapa perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, banyak peluang-peluang keemasan yang tidak dapat disempurnakan meskipun mempunyai peluang menerusi ‘open goal’

Advertisements

“Perlawanan pertama bertemu Kemboja kami terlepas tiga atau empat peluang keemasan tetapi tidak dapat menjaringkan gol, selepas setiap perlawanan saya jelaskan bahawa kami boleh menjaringkan gol dan mendapat banyak peluang baik hari ini.”

“Memang saya amat kecewa dengan perlawanan ini. Semua perlawanan termasuklah hari ini. Memang namanya bola sepak, kamu perlu menjaringkan gol untuk mendapatkan keputusan yang baik.”

Jurulatih berusia 52 tahun ini bagaimanapun akan cuba memperbaiki perkara ini. Permasalahan ‘finishing’ ini akan dinilai semula dan akan cuba diperbaiki untuk menajamkan lagi penyudah barisan pemain. 

Advertisements

“Tetapi kami tidak dapat menggunakan peluang dengan baik sebab itu membuatkan saya sangat terkilan dengan keadaan ini. Ia perlu dinilai,” kata Shin Tae-yong dipetik daripada laporan Goal Indonesia.

Shin Tae-yong dalam pada itu itu turut menyatakan Vietnam sebuah pasukan yang terbaik. Pastinya strategi terbaik akan diatur untuk mencipta kemenangan nanti. 

“Untuk aksi separuh akhir, kami akan bermain di gelanggang sendiri terlebih dahulu, pada pendapat saya pastinya Vietnam kerana yang pertama, walaupun kami perlu melihat keputusan akhir juga.”

Advertisements

“Untuk itu, kami akan menyediakan pasukan dengan lebih baik semula.

Indonesia muncul sebagai naib juara kumpulan A dan dijadualkan bertemu juara kumpulan B Vietnam bagi aksi separuh akhir Piala AFF Mitshibushi Electric 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram