Advertising
Shopee Cup: Terengganu Intai Peluang Ke Separuh Akhir
Asia Tenggara
MakanBola
Terengganu FC

Pengendali Terengganu FC, Badrul Afzan Razali melihat kemenangan ke atas BG Pathum United sebagai kunci untuk mara ke separuh akhir Shopee Cup.

Selepas empat perlawanan Kumpulan A, The Rabbits dan Peteh masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua kumpulan dengan lapan dan tujuh mata.

Ad

Kedua-dua pasukan sedar hanya kemenangan yang menjamin peluang mereka ke separuh akhir. Ini kerana pemenang bakal mengesahkan kemaraan selaku juara Kumpulan A.

Ad

Selain itu, mereka juga dapat mengelak dipintas dua pasukan lain iaitu PSM Makassar dan Dong A Thanh Hoa. Ini kerana kekalahan boleh mengakibatkan Terengganu atau BG Pathum dipintas kedua-dua pasukan itu dan kehilangan slot naib juara kumpulan.

Atas sebab itu, Badrul melihat tiga mata di Stadium BG penting untuk membawa Peteh ke pentas separuh akhir.

Ad

“Untuk aksi esok, saya harap kita dapat meraih tiga mata dan mara ke separuh akhir. Jadi, saya optimis dengan pemain-pemain untuk melakukannya,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Ad

“Saya tahu BG Pathum satu pasukan yang bagus dan memiliki ramai pemain berpengalaman. Jadi, kita jangka BG Pathum akan (beri tentangan sengit dalam perlawanan esok).

Ad

“Jadi, saya harap pemain-pemain bersedia (dengan tentangan mereka) agar kita dapat layak (ke separuh akhir).”

Terengganu bakal berdepan The Rabbits tanpa kelibat bek kiri, Alif Zakaria. Alif terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL).

Peteh bakal berentap dengan BG Pathum pada 5 Februari ini. Aksi ini juga aksi pertama buat jurulatih baharu kelab Thailand itu, Anthony Hudson.