Shukor Adan Akui Kudrat Safiq Rahim Bakal Terus Ditagih Harimau Malaya
Dunia
FAM Official
Advertisements

Walaupun bakal menginjak ke umur 35 tahun pada tahun ini, namun persembahan yang ditampilkan oleh pemain tengah veteran negara., Safiq Rahim wajar diberikan pujian.

Bekas kapten pasukan Harimau Malaya, Shukor Adan berpendapat kehadiran Safiq Rahim dalam skuad kendalian Kim Pan-gon merupakan satu tindakan yang tepat dan pemain muda negara perlu mengidolakan pemain ini.

“Pemain muda perlu mengidolakan Safiq Rahim. Bagaimana cara beliau kekalkan prestasi. Untuk dua perlawanan ini (menentang Filipina dan Singapura), kita perlu beri kredit.

Advertisements

“Dia adalah Safiq Rahim, dia akan memberikan komitmen yang baik di atas padang.” jelas Shukor Adan.

Selain itu, Shukor juga menjelaskan bahawa untuk tahun ini, skuad Harimau Malaya pastinya akan terus menagih kudrat Safiq Rahim memandangkan jurulatih negara, Kim Pan-gon percaya di atas kredibiliti yang dimiliki pemain tengah JDT itu.

“Mengenai kebergantungan kita kepada Safiq Rahim, mungkin Kim Pan-gon nampak kredibiliti yang dia ada. Saya rasa untuk tahun ini, kita memerlukan Safiq Rahim. Kita perlu meneruskan apa yang dirancangkan oleh coach Kim.” tambah Shukor kepada Astro Arena.

Advertisements

Untuk rekod, nama Safiq Rahim sangat sinonim dengan Harimau Malaya. Sehingga perlawanan menentang Singapura semalam, beliau telah mengumpul 75 kaps dan berjaya menjaringkan 15 gol. Satu rekod yang baik buat seorang pemain tengah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram