Shukor Adan Sertai Kelana United, Bakal Beraksi Di SCL

Shukor Adan Shukor Adan Sertai Kelana United, Bakal Beraksi Di SCL
Kelana United

Bekas pemain kebanggsaan, Shukor Adan sah kembali beraksi sebagai pemain bola sepak dengan menyertai pasukan amatur, Kelana United. 

Difahamkan, bekas pemenang Piala Malaysia 2021 itu akan memperkuatkan Kelana United bagi saingan Selangor Champions League (SCL). 

Kelana United FC adalah sebuah pasukan yang bersaing dalam Subang Football League (SFL) dan merupakan sebahagian daripada Liga M4 Malaysia.

Untuk pengetahuan, Shukor Adan akan kembali beraksi bersama bekas pemain Liga Super iaitu Asraruddin Putra, Razman Roslan dan Azmeer Yusof.  

Pengalaman yang beliau miliki dalam arena bola sepak pasti ditagih seluruh pemain dalam pasukan untuk terus membawa Kelana United ke peringkat yang lebih tinggi.