Shukor Adan Tidak Mahu Luqman Hakim Menunggu Terlalu Lama
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Bekas pertahanan pasukan kebangsaan, Shukor Adan percaya Luqman Hakim perlu meneliti semula perjalanan kariernya setelah berkelana hampir 3 tahun di bumi Belgium.

Penyerang muda negara berusia 20 tahun itu melebarkan perjalanan kariernya apabila menyertai pasukan KV Kortrijk selepas perpindahan daripada pasukan Selangor berjaya dimetrai.

Sungguhpun begitu, menurut Shukor, Luqman perlu segera menentukan hala tuju kariernya kerana beliau merasakan bahawa tempoh tersebut terlalu lama buat pemain tersebut.

Advertisements

‘Ya kita tahu dia mencuba, mencuba dan terus mencuba, namun untuk tahun ketiga ia sudah tidak lagi menjadi cubaan.’

Walaupun secara amnya kini pemain kelahiran Kota Bharu ini dilihat sudah mula untuk mendapat tempat bersama pasukan, namun Shukor percaya beliau perlu beraksi dengan lebih kerap lagi.

‘Adakah ketika kita berborak dan menyatakan yang dia (Luqman) beraksi dalam kesebelasan utama di sana?’

Advertisements

Shukor juga menjelaskan mengenai perbezaan situasi yang dialami oleh pemain yang berkelana di luar negara dengan pemain-pemain negara jiran yang turut menempa nama di luar.

‘Jika kita lihat sebagai contoh pemain Singapura yang berada di luar, mereka pulang dan menjadi pemain utama dalam pasukan.’

‘Bagi saya dalam tempoh 3 tahun dan jika umurnya sudah mencecah 22 dan 23 tahun tempatnya bukan lagi di bangku simpanan walaupun beliau dah didedahkan dengan pengalaman yang luas,’ -Jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Sungguhpun begitu, Luqman tetap melakukan tugasnya dengan baik bersama pasukan kebangsaan apabila menjadi watak penting ketika beraksi di kejohanan Piala AFF sungguhpun Malaysia tersingkir awal.

Baru-baru ini, Luqman sekali lagi memperagakan persembahan yang cukup meyakinkan sungguhpun hanya masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Singapura.

Beliau sudah pasti mahu merebut tempat dalam skuad kendalian Pan-gon dalam usaha membantu Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia, Jun nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram