Malaysia dijadualkan membuka tirai saingan AFF B-16 berdepan Timor Leste di Stadium Sriwedari pada Ahad.
Skuad muda negara di bawah bimbingan Javier Jorda Ribera turun dengan misi memungut tiga mata apabila menentang Timor Leste sekaligus membuka kempen dengan langkah kanan.
Ribera yang dilantik pada awal Mei lalu mahu menjadikan kejohanan ini sebagai persediaan sebelum menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia B-17 pada Oktober hadapan yang menawarkan slot ke Piala Dunia B-17 di Qatar pada 2025.
Menurut Ribera, beliau mahu membina skuad ampuh bagi pasukan kebangsaan bersaing di peringkat antarabangsa dan ini harus dimulakan dengan melahirkan pemain-pemain muda yang berkualiti tinggi.
“Jadi, semuanya baru. Kita membina sebuah rumah (pasukan) bermula dari lantai. Kita harap kita dapat pergi sampai ke puncak,” katanya dalam sidang media khas pengenalan skuad Malaysia B-16 di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Timor Leste
Info Siaran Langsung Malaysia vs Timor Leste
Tarikh: 23 Jun 2024 (Ahad).
Masa: 8.30 malam waktu tempatan.
Venue: Stadium Sriwedari, Surakarta, Indonesia.
Siaran Langsung: Vidio.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.