Aksi Liga Super minggu 6 melibatkan pertembungan antara Selangor dan juga Penang FC.
Skuad kendalian Nidzam Jamil memperagakan persembahan terbaik namun menghadapi siri kekalahan dalam beberapa aksi terakhir.
Penang pula kebal apabila hanya merekodkan satu kekalahan daripada 5 perlawanan liga yang telah diharungi dengan Ketua Jurulatih, Akmal Rizal optimis peranan berbeza ditampilkan di MBPJ.
“Kita nampak kekuatan kita lebih kepada pertahanan tapi bukan hanya barisan pertahanan, apa yang saya lakukan untuk pasukan ini, kita bertahan sebagai satu unit.
“Maknanya 10 pemain akan bertahan bersama-sama. Itulah yang dilakukan. Kualiti di dalam pasukan, mereka boleh melakukan high pressing.
“Kita bertahan di barisan atas dan itu memudahkan bahagian pertahanan kita apabila kita berjaya memenangi bola di bahagian tengah.
“Jadi bukan hanya back four kita, tapi keseluruhan pasukan, mereka bertahan dengan baik,” jelas Akmal Rizal kepada MakanBola.
Kesebelasan Utama Selangor vs Penang
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan bermula.
Info Siaran Langsung Selangor vs Penang
Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.