Skuad Muda JDT Belasah Singapura 7-0
Liga M3
Johor Southern Tigers
Advertisements

Skuad B-14 Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus menunjukkan kemantapan mereka apabila membelasah skuad B-14 Singapura 7-0 hari ini.

Pertemuan hari ini merupakan sebahagian daripada kerjasama PBNJ dan FAS dalam memantapkan perkembangan akar umbi Johor dan Singapura.

Biarpun perlawanan hari ini bersifat persahabatan, ubi muda Harimau Selatan tetap memandang serius lawan mereka dari seberang Tambak Johor itu.

Advertisements

Dan itu dibuktikan dengan kemenangan besar 7-0 JDT ke atas ubi muda The Lions itu.

Kejayaan hari ini dilihat meneruskan momentum skuad B-14 JDT selepas sebelum ini bergelar juara Borneo Football Cup 2023 pada awal bulan ini.

Perkembangan pasukan ini dijangka terus dipantau oleh pengurusan JDT bagi memastikan kemajuan mereka berada pada tahap yang memuaskan.

Advertisements

Tidak mustahil sekiranya kemajuan ini dapat dikekalkan, pemain-pemain muda ini mampu mengikut jejak Arif Aiman Hanapi beraksi dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram