Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia yang dibimbing E. Elavarasan bakal bertemu dengan tuan rumah Sukan SEA 2023, Kemboja untuk perlawanan pertama Piala Merlion. Ini selepas undian bagi menentukan lawan masing-masing diadakan hari ini.

Advertisements

Piala Merlion merupakan kejohanan empat sebelah anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang bakal berlangsung dari 24 hingga 26 Mac ini. Selain Malaysia, Singapura dan Kemboja, skuad B-22 Hong Kong turut mengambil bahagian.

Perlawanan Harimau Malaya-Kemboja bakal diadakan pada jam 5.00 petang, 24 Mac. Manakala satu lagi perlawanan membabitkan Singa Kallang dan Hong Kong pula diadakan pada jam 8.30 malam, hari yang sama.

Advertisements

Pasukan yang tewas dalam dua perlawanan berkenaan bakal bertemu untuk perlawanan penentuan tempat ketiga/tempat keempat pada 5.00 petang, 26 Mac. Manakala dua pemenang pula bertemu untuk perlawanan sebelah malam jam 8.30 malam hari yang sama.

Yang pasti, bagi Elavarasan, ia bukan sekadar peluang meninjau kekuatan lawan yang bakal beraksi di Sukan SEA 2023. Malah, ini juga peluang untuk bereksperimen dengan pemain-pemain baru sekaligus membentuk skuad mantap untuk temasya itu yang bakal berlangsung pada Mei ini.

Advertisements
Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram