Skuad Muda Sri Pahang Tundukkan Selangor
MFL
Sri Pahang FC
Advertisements

Ubi muda Sri Pahang FC mengulangi kejayaan skuad senior mereka mengatasi Selangor FC apabila menewaskan skuad muda The Red Giants 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan C, Piala MFL di Stadium Darul Makmur hari ini.

Babak pertama menyaksikan Tok Gajah yang dibimbing Sahrulnizam Sahat kental menyerap asakan bertubi-tubi The Red Giants.

Dan keinginan meraih kemenangan pertama di gelanggang sendiri akhirnya menjelma menerusi gol Muhamad Nasyrullah Mohd Zaki pada minit ke-23. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Selangor FC yang dibimbing Abdifitaah Mohamed Hassan berusaha mencari gol penyamaan tetapi semua percubaan mereka tidak berhasil.

Dan itu sudah cukup membantu Sri Pahang FC meraih tiga mata pada akhir perlawanan. Itu merupakan kemenangan pertama Tok Gajah dalam Kumpulan C selepas tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) FC II.

Bagaimanapun, Selangor FC kekal di tangga kedua kumpulan di atas Tok Gajah kerana mempunyai kelebihan jaringan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram