Sri Pahang Bakal Uji Gandingan Muka Baharu Di Thailand
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Beberapa pasukan Liga Super menjadikan Thailand sebagai medan pra-musim untuk menguji keampuhan kesebelasan utama mereka. Terbaru, Sri Pahang juga merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Negara Gajah Putih itu.

Menurut satu sumber daripada kelab berkenaan, skuad yang dibimbing Fandi Ahmad itu bakal bertolak ke Bangkok pada 20 Januari ini.

“Sri Pahang akan berada di Bangkok selama 10 hari termasuk mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak Thailand.

Advertisements

“Namun, setakat ini, tiada maklumat rasmi tiga kelab yang menjadi pilihan Sri Pahang bagi menilai prestasi semasa semua pemain, termasuk import.

“Dengan memilih Thailand, kelab mahu semua pemain dapat membentuk persefahaman segera dan mencabar pasukan lawan,” kata sumber tersebut.

Skuad Tok Gajah itu kini diperkuatkan dengan tiga tonggak pinjaman JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq. Sementara Fadhli Shas pula menyertai Sri Gajah secara perpindahan tetap.

Advertisements

Sri Pahang turut diperkuatkan dengan empat awang import iaitu Stefano Brundo (Argentina), Lucas Silva (Brazil), Michael Glassock (Australia) dan Kevin Ingreso (Filipina).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram