Sri Pahang Hadapi 3 Kelab Korea Di Thailand
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Sri Pahang ketika ini sibuk menjalani pra-musim di Thailand tetapi lawan mereka di sana tidak didedahkan. Tetapi satu maklumat baru mendedahkan tiga kelab Liga Korea bakal menjadi lawan skuad Tok Gajah sepanjang berada di Negara Gajah Putih itu.

Tiga kelab tersebut ialah FC Seoul, Daegu FC dan FC Anyang. FC Seoul dan Daegu beraksi di Liga Korea 1 dengan FC Anyang pula di Liga Korea 2.

Tiga kelab ini merupakan sebahagian daripada kelab-kelab Liga Korea yang memilih menjalani program pra-musim di Thailand. Segelintir saja mengadakan pra-musim di negara lain seperti Jeonbuk Hyundai (Sepanyol) dan Pohang Steelers (Vietnam).

Advertisements

Sri Pahang bukan satu-satunya kelab Liga Super yang bakal berdepan lawan dari Liga Korea. Sabah juga dikhabarkan bakal bertemu dengan sebuah kelab Korea untuk aksi persahabatan semasa di Thailand.

Dari satu segi, lawan-lawan ini sememangnya mencabar dan berkualiti. Tetapi ia dilihat dapat membantu jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad membentuk pasukan mantap menjelang saingan Liga Super yang akan bermula pada akhir Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram