Sri Pahang Mahu ‘Sailang’ Negeri Sembilan Dapatkan Fadhli Shas
Dunia
melakautdfc_official
Advertisements

Pasukan dari pantai timur, Sri Pahang sedia untuk sailang Negeri Sembilan dapatkan pertahanan Melaka United, Fadhli Shas. 

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal, beliau menyatakan bahawa perpindahan Fadhli Shas ke Negeri Sembilan masih belum diputuskan lagi. Oleh sebab itu, Fadhli Shas masih lagi berpeluang untuk sertai Sri Pahang.

Difahamkan, Sri Pahang kini dalam usaha untuk mendapatkan bekas pertahanan JDT itu kerana pengalamannya beraksi di Liga Super sangat diperlukan bagi memperkuatkan jentera pertahanan. 

Advertisements

Sebelum ini, Negeri Sembilan merupakan pasukan pertama yang mahu mendapatkan khidmat pemain tersebut untuk menggantikan Khuzaimie Piee yang dilaporkan bakal sertai Selangor pada musim baharu nanti. 

Untuk rekod, pemain berusia 31 tahun itu telah beraksi sebanyak 17 perlawanan bersama Melaka United pada saingan Liga Super 2022 dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram