Sri Pahang Mahu Sambar Pertahanan Tengah Argentina
Dunia
Stefano brundo
Advertisements

Pasukan daripada pantai timur, Sri Pahang FC dikhabarkan mahu menyambar khidmat pemain kelahiran Argentina, Stefano Brundo.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi yang menyatakan bahawa Sri Pahang mahu mendapatkan pertahanan tengah itu bagi Liga Super musim hadapan.

Stefano Brundo, berusia 29 tahun dengan memiliki ketinggian 1.90m merupakan tonggak utama pasukannya Estudiantes BA yang beraksi dalam saingan Liga Argentina (Primera Nacional) Divisyen ke-2.

Advertisements

Untuk rekod, pemain pertahanan tengah ini beraksi sebanyak 33 perlawanan dan berjaya menjaringkan satu gol serta satu bantuan gol bagi musim 2022 ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram