Stadium Bukit Jalil Bakal Digunakan Untuk Final Piala AFC
Dunia
Destimap
Advertisements

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) difahamkan bakal digunakan untuk perlawanan akhir Piala AFC 2022.

Perlawanan akhir Piala AFC 2022 ini melibatkan pertembungan diantara KL City menentang kelab dari Oman, Al Seeb yang akan berlangsung pada 22 Oktober ini, hari Sabtu.

Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman di laman sosial twitter beliau.

Advertisements

Menurutnya, sistem VAR juga akan digunakan dalam perlawanan akhir ini. 

Pada asalnya, perlawanan akhir Piala AFC itu dijadualkan akan berlangsung di Stadium KLFA, Cheras Kuala Lumpur.

Advertisements

Namun, disebabkan keadaan Stadium KLFA itu tidak berada dalam keadaan baik seperti lampu limpah yang tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan. 

Menurut Flash Sukan, KL City dikatakan membuat permohonan untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue perlawanan akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram