Gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dijangka akan menjadi venue rasmi Harimau Malaya seawal Mac ini.
Menerusi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, beliau memberi bayangan bahawa pasukan kebangsaan berkemungkinan besar akan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim.
Namun begitu, keputusan rasmi kini masih belum dibuat kerana FAM masih memiliki beberapa venue lain yang turut berada dalam radar.
“Kemungkinan besar kita akan bermain di SSI, tetapi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu juga berada dalam radar kita termasuklah Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang,” jelasnya kepada Harimau Malaya.
Venue ini sekaligus bakal menjadi venue rasmi bagi aksi persahabatan FIFA Mac ini yang menyaksikan terdapat pelbagai ura-ura mengenai lawan yang bakal dihadapi oleh anak didik Kim Pan-gon.
“Kita belum muktamadkan lagi termasuk venue kerana perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan akan masuk dalam mesyuarat jawatankuasa pasukan kebangsaan.
“Kita akan umumkan pada awal bulan Mac nanti dan mengenai pasukan lawan pula apa yang saya boleh katakan pasukan itu okay.”
Sebelum ini, terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa skuad kebangsaan akan menghadapi gergasi dunia, Australia sungguhpun masih tidak dapat sebarang pengumuman rasmi.