Stanley Bernard Anggap VAR Jadi Beban Pasukan
Dunia
astro arena
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City, Stanley Bernard menganggap Perlaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) kemungkinan akan jadi beban buat pasukan sekiranya kos pembayaran diletakkan sepenuhnya kepada pasukan Liga-M sahaja.

Beliau menjelaskan perkara itu juga akan mendatangkan masalah kepada pasukan kerana perbelanjaannya sangat tinggi mencecah sehingga RM5 juta. Akan tetapi, Stanley tetap bersetuju dengan penggunaan sistem VAR ini.

Sebelum ini, FAM ada mengumumkan bakal mengaplikasikan sistem VAR dalam perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia musim hadapan. VAR ini juga merupakan satu jalan pintas bagi meningkatkan lagi ketepatan pengadilan Liga-M.

Advertisements

“Secara peribadi sememangnya saya setuju VAR digunakan pada saingan Liga M bagi meningkatkan lagi kualiti pengadilan dan membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat.“

“Cuma jika diletakkan bebanan pembayaran kos penggunaan VAR kepada pasukan mungkin akan mendatangkan masalah kerana perbelanjaannya cukup tinggi,” jelasnya kepada Harian Metro.

Advertisements

Untuk rekod, Kuala Lumpur City FC antara pasukan pertama yang menggunakan sistem VAR ketika bertemu Al-Seeb dalam perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Oktober lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram