Statistik Buktikan Terengganu Bersedia Hadapi Amukan KL City
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC dilihat sudah bersedia menghadapi KL City FC untuk aksi separuh akhir Piala Malaysia malam ini.

Ini disokong oleh statistik kejohanan yang disertai skuad Peteh termasuk dalam saingan Piala AFC.

Biarpun berada dalam Kumpulan G bersama Bali United, Central Coast Mariners dan Stallions Laguna, Terengganu kelihatan mampu menyaingi semua pasukan kumpulan.

Advertisements

Ini dibuktikan selepas dua perlawanan, skuad Penyu mengutip satu kemenangan dan satu seri. Malah, mereka hanya bolos sekali saja bila diikat Serdadu Tridatu 1-1.

Saingan Liga Super menyaksikan mereka berada di tempat keenam selepas 22 perlawanan – empat mata di hadapan The City Boys yang beraksi kurang satu perlawanan.

Advertisements

Sebelum dibelasah 4-0 oleh Selangor FC pada 29 September lalu, Terengganu kekal tanpa kalah dalam tujuh perlawanan liga.

Setakat 22 perlawanan, skuad Peteh telah meraih 10 kemenangan, lima seri dan tujuh kekalahan. Dalam tempoh sama, Terengganu turut menjaringkan 39 gol dan dibolosi 27 kali.

Advertisements

Dalam lima aksi terakhir, Terengganu menang dua kali, seri dua kali dan kalah sekali.

Walaupun tewas 4-0 di tangan Merah Kuning, tempoh ini menyaksikan mereka menyingkirkan lawan sama dari Piala Malaysia dan menewaskan The Mariners 1-0 dalam saingan Piala AFC.

Advertisements

Selain statistik, Terengganu juga pastinya ingin menjadikan perlawanan malam ini sebagai medan membalas dendam terhadap KL City.

Ini kerana pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu menafikan mereka di separuh akhir Piala FA 2023 sekaligus meranapkan impian layak ke final.

Kedua-dua pasukan bakal bersemuka di Stadium Cheras malam ini sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 3 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram