Advertising
Status 3 Pemain Resahkan Sabah
Piala Malaysia
MakanBola
Sabah FC

Status kecergasan membabitkan Stuart Wilkin, Park Tae-soo dan Gary Steven Robbat meresahkan pengendali Sabah FC, Martin Stano.

Ini kerana Wilkin dan Tae-soo belum cergas sepenuhnya menjelang aksi separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC.

Ad

Wilkin mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Negeri Sembilan FC pada 25 Januari lalu. Tae-soo pula baru saja pulih selepas berehat selama tiga bulan.

Ad

“Stuart (Wilkin) mengalami kecederaan dalam aksi sebelumnya (menentang Negeri Sembilan), jadi beliau belum cergas sepenuhnya. Park (Tae-soo) baru saja pulih daripada kecederaan serius selepas tiga bulan.

“Skuad kita (tidak memiliki kekuatan) penuh tetapi semua pemain lain sudah bersedia untuk aksi seterusnya,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

Bila ditanya sama ada duo berkenaan dapat diturunkan atau tidak, Stano memaklumkan itu bergantung kepada tahap kecergasan mereka.

Ad

“Saya boleh katakan belum pasti lagi. Tetapi pasukan perubatan dan fisioterapi kita akan melakukan yang terbaik untuk bantu mereka mengambil bahagian,” tambahnya.

Ad

Selain duo berkenaan, Stano juga terpaksa melupakan khidmat Gary untuk aksi menentang Sri Pahang akibat kecederaan.

Sang Badak bakal berdepan Tok Gajah di Temerloh pada 2 Februari ini. Kedua-dua pasukan memburu slot final selepas terikat 1-1 di Stadium Likas pada 18 Januari lalu.