Advertising
Status Giorgio Rossi Bersama MFL Cetus Tanda Tanya
MakanBola
MFL

Status Giorgio Rossi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) kini menjadi tanda tanya.

Giorgio Rossi memegang jawatan selaku CEO MFL bermula awal September 2024 yang lalu bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Stuart Ramalingam.

Nama Rossi sememangnya tidak asing lagi dalam kancah bola sepak Malaysia apabila pernah menjadi wakil La Liga Global Network Malaysia sebelum ini.

Ad

Karier Rossi di Malaysia bermula selaku Delegasi LaLiga pada tahun 2017 sehingga 2021 apabila beliau membawa peranan penting dalam membangunkan jenama liga Sepanyol.

Ad

Terkini laporan daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom tampak memberi bayangan bahawa Rossi ketika ini tidak lagi menjawat peranan sebagai CEO MFL.

”Difahamkan Giorgio Pompili Rossi kini bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif MFL,” lapor Fina Nasrom di laman X.

Ad
Ad

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan rasmi lagi oleh pihak MFL mengenai berita mengejut yang melibatkan Rossi ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments