Subkhiddin Jalankan Tugas FIFA Bersama Pasukan Ghana
Dunia
Ghana FA
Advertisements

Pesara pengadil bola sepak Malaysia, Subkhiddin Mohd Salleh yang mewakili Malaysia ke Piala Dunia Qatar 2022 menjalankan tanggungjawab pertamanya bersama FIFA di Qatar.

Beliau dirakam menerangkan undang-undang bola sepak dan perjalanan pasukan bertanding sepanjang kejohanan kepada pasukan kebangsaan Ghana yang hadir ke Qatar.

“Delegasi daripada FIFA membawa pasukan melalui protokol pertandingan dan perkara yang perlu dan tidak boleh dilakukan dalam kejohanan itu,” tulis Persatuan Bolasepak Ghana (Ghana FA).

Advertisements

Dalam muat naik di laman media sosial persatuan berkenaan, terdapat gambar Subkhiddin menerangkan sesuatu kepada pemain Ghana bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino dan pegawai-pegawai lain.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj dan bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh terpilih mewakili Malaysia ke Qatar menjalankan tugas-tugas khas.

Ini merupakan kali ke-4 Subkhiddin bertugas di Piala Dunia selepas ditugaskan buat kali pertama di Afrika Selatan pada 2010 sebelum turut terpilih ke Piala Dunia Brazil 2014 dan Rusia 2018.

Advertisements

Ghana yang dibimbing Otto Addo diundi dalam kumpulan H bersama-sama Portugal, Korea Selatan dan Uruguay bakal membuka aksi menentang Portugal tengah malam nanti di Stadium 974.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram