Sukan Sea 2023: Hanya Pemain Muda Sahaja Dibenarkan Beraksi?
Asia Tenggara
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan-persatuan bola sepak Asia Tenggara pening kepala dengan peraturan acara bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja. Dikhabarkan hanya pemain yang lahir pada 1 Januari 2001 dan seterusnya (B-22) yang dibenarkan beraksi dalam acara itu.

Sekiranya ini dikuatkuasakan, ini bermakna negara-negara ASEAN tidak lagi dibenarkan membawa dua pemain berusia lebih daripada 23 tahun untuk Sukan SEA 2023. Sebelum ini, negara-negara masih dibenarkan membawa dua pemain lebih usia untuk Sukan SEA 2019.

Untuk temasya Sukan SEA 2022 di Vietnam pula, negara-negara dibenarkan membawa tiga pemain lebih usia 23 tahun dengan mengambil kira situasi pandemik Covid-19,

Advertisements

Perubahan tersebut yang diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA 2023 itu menyebabkan persatuan-persatuan bola sepak ASEAN terkejut.

“Ada kemungkinan mereka telah mengubah peraturan beberapa acara (termasuk bola sepak) tetapi tidak menghantar pemakluman terperinci kepada negara-negara peserta,” kata seorang pemimpin Jabatan Sukan Awam Vietnam kepada Zing News.

Advertisements

Dari satu segi, syarat ini membenarkan pemain-pemain B-22 menyerlah dalam kejohanan antarabangsa penting seperti Sukan SEA. Tetapi pada masa sama, ia mengurangkan tarikan acara sukan bola sepak kerana tidak dapat membawa dua pemain lebih umur menyokong pasukan berkenaan.

Yang pasti, bagi para jurulatih dari E. Elavarasan (Malaysia) hinggalah Philippe Troussier (Vietnam), fokus mereka ialah mempersiapkan skuad yang mampu memenangi pingat emas yang menjadi idaman semua itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram