Vietnam mara ke perlawanan akhir Sukan Sea 2021 selepas berjaya menewaskan Malaysia 1-0 menerusi jaringan tunggal Nguyễn Tiến Linh pada masa tambahan.
Nguyễn Tiến Linh terlebih dahulu menguji gawang Malaysia pada minit ke-26 menerusi tuisannya dari sebelah kiri gawang Malaysia namun sepakannya sedikit tersasar.
Bersambung babak ke-2, Vietnam mula mengatur serangan bertali arus dan Malaysia mula memperkukuh barisan pertahanan namun perlawanan terpaksa diganjakkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan gagal memperoleh sebarang jaringan.
Nguyễn Tiến Linh menjadi wira buat pasukan Vietnam selepas jaringan tunggalnya pada minit ke-111 berjaya membawa Vietnam ke perlawanan akhir Sukan Sea Vietnam 2021.
Vietnam bakal bertemu Thailand yang berjaya menewaskan Indonesia 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama petang tadi.
Kemenangan Vietnam ini juga membawa anak buah Park Hang-seo ke perlawanan akhir Sukan Sea buat kali ke-7 sejak temasya Sukan Sea pertama kali diperkenalkan pada tahun 1977 di Kuala Lumpur.
Perlawanan akhir bakal berlangsung pada Ahad (22 Mei) jam 8:00 malam waktu Malaysia di Stadium Viet Tri, Vietnam.
Penentuan pingat gangsa pula bakal menemukan pasukan Indonesia dan Malaysia pada Ahad (22 Mei) jam 5:00 petang waktu Malaysia di Stadium Thien Truong, Vietnam.