‘Super-Sub’ Ramadhan Warnai Santapan Moreh JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi pertama kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) menyaksikan pertembungan di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Guangzhou FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu berkesudahan dengan kemenangan milik JDT, 5-0.

Ramadhan Saifullah telah diberi kepercayaan oleh pengendali JDT, Benjamin Mora untuk masuk menggantikan Arif Aiman pada minit ke-74 permainan. Ramadhan berjaya membalas kepercayaan apabila menampilkan aksi yang cukup cemerlang dalam perlawanan semalam.

Ramadhan membuktikan kemampuan sebenar apabila berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan JDT. Pada minit ke-81 permainan, Ramadhan telah menyempurnakan hantaran daripada Nazmi Faiz menerusi ‘lob’ cantik yang menewaskan penjaga gol Guangzhou, He Lipan.

Advertisements
https://twitter.com/elevensportssea/status/1515000572465745922?s=21&t=a0nEMjuTi85HaQYKlQy4qw

Prospek muda negara ini telah menjadi nadi kepada kemenjadian pasukan Harimau Selatan pada babak-babak akhir permainan. Banyak gerakan daripada sebelah kiri padang berjaya dicipta JDT menerusi kebijaksanaan Ramadhan yang melakukan larian-larian pantas masuk ke dalam kotak penalti Guangzhou FC.

Ledakan Ramadhan telah melengkapkan malam gemilang buat JDT. Kemenangan pertama ini memastikan skuad kendalian Benjamin Mora mulakan saingan Kumpulan l di pentas ACL dengan langkah kanan.

JDT bakal bertemu Ulsan Hyundai Isnin depan, 18 April 2022. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim tepat jam 10.00 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram