Suphanat Dianggap Luar Biasa Dari Rakan Sepasukan Di Leicester City
Dunia
Instagram/@bankkkk10
Advertisements

Ketika ini, penyerang Buriram United, Suphanat Muenta sedang menjalani latihan bersama kelab EPL, Leicester City. Tetapi bagi presiden kelab, Newin Chidchob, laporan positif yang diterimanya dari kelab berkenaan menyakinkan beliau bahawa Suphanat bakal beraksi di EPL.

“Suphanat berusia 20 tahun tetapi bila berlatih bersama pasukan bawah 23 tahun, dia lebih pintar daripada pemain-pemain lain. Kami tidak kisah berapa nilai perjanjian dan hanya fikir bagaimana dia akan beraksi di EPL,” katanya.

Sebelum ini, media Thailand melaporkan kuartet Suphanat, Supachai Jaided, Narubadin Weerawatnodom dan Ratthanakorn Maikami menjalani latihan bersama Leicester City. Atas sebab ini juga, kuartet ini tidak dapat menyertai skuad Mano Polking untuk saingan Piala AFF 2022.

Advertisements

Daripada keempat-empat pemain, Suphanat yang menarik perhatian staf kejurulatihan Foxes. Lantas, Foxes meminta agar Suphanat berada di situ selama tiga minggu lagi sebelum pulang ke Thailand.

“Jika dia pergi ke EPL, dia bakal menginspirasikan pemain-pemain lain. Dari situ, anda boleh pergi ke EPL atau sekurang-kurangnya Liga Jepun 1 dan Liga Korea,” tambah Chidchob.

Buriram United mempunyai hubungan baik dengan Leicester City sekaligus membuka jalan kepada empat pemain ini berlatih bersama mereka. Sekiranya tidak menyertai mereka sekalipun, Foxes bersedia membantu mewujudkan keadaan yang membenarkan mereka beraksi di Eropah.

Advertisements

Satu kelab yang dapat merealisasikan impian tersebut ialah kelab Liga Pro Belgium, OH Leuven. Selain memiliki Foxes, Aiyawatt ‘Top’ Srivaddhanaprabha juga merupakan pemilik OHL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram