Ads
Suspek Simbah Asid Ke Atas Faisal Halim Diberkas Tidak Sampai 24 Jam
Liga Super
Selangor FC

Suspek kes simbah asid ke atas pemain Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim dilaporkan telah ditahan pihak polis tidak sampai 24 jam selepas kejadian.

Advertisements

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan bahawa suspek akan direman hari ini selain turut memberitahu bahawa keterangan tiga individu sudah diambil termasuk Faisal sendiri sebagai mangsa.

Advertisements

“Suspek adalah lelaki berusia 20-an dan akan direman hari ini. Pada masa sama, kami sudah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal).

Advertisements
Advertisements

“Polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih disiasat,” jelas Datuk Hussein seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Terdahulu, Faisal yang sedang keluar bersama keluarganya dilaporkan disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali ketika mahu keluar dari kereta.

Advertisements
Advertisements

Simbahan asid ke atas Faisal itu mengakibatkan pemain sayap lincah itu disahkan mengalami lecur tahap kedua dan sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram