Syafiq Ahmad Hanya Perlukan 5 Minit Kembali Meledak
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemasukan penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad terus menceriakan kem pasukan untuk melangkah ke final Piala Malaysia 2023.

Pemain berusia 27 tahun itu dimasukkan oleh ketua jurulatih, Tano Solari pada babak kedua untuk menggantikan Fernando Forestieri.

Beliau tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki di hadapan gawang setelah masuk pada minit ke-57 perlawanan.

Advertisements

Syafiq bijak meletakkan diri pada posisi terbaik untuk menerima hantaran lintang daripada rakan sepasukan sambil melepasi perangkap ofsaid.

Bola itu mudah ditanduk masuk di hadapan gawang untuk menewaskan penjaga gol Perak, Farhan Majid pada minit ke-62.

Advertisements

Jaringan itu melengkapkan kemenangan besar skuad Harimau Selatan untuk melayakkan diri ke pentas final sekali lagi pada musim ini.

Syafiq berpeluang sekali lagi untuk meledak pada minit ke-72 hasil gerakan Corbin Ong namun percubaan kencangnya berjaya diselamatkan.

Advertisements

Beliau bagaimanapun meledak gol kedua di hadapan gawang Perak hasil kesilapan tandukan pemain pelawat.

JDT juga berpeluang untuk menyapu bersih semua trofi selepas menjulang Piala FA dan Liga Super 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram