Syafiq Ahmad: Saya Tidak Sepatutnya Bertindak Mengikut Emosi
Dunia
Official Johor
Advertisements

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad memuat naik satu kenyataan di laman rasmi Instagram dan Twitter beliau sejurus sahaja pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor memberi jawapan balas mengenai satu ciapan beliau sebelum ini.

Syafiq dilihat memuat naik satu kenyataan di laman twitternya semalam susulan tidak diberi peluang beraksi buat pasukan Harimau Selatan.

Namun begitu, beliau telah pun memadam kenyataan tersebut dan kekal positif sambil menyatakan sokongan buat pasukannya yang semakin hampir untuk merangkul kejuraan ke-8 Liga Super.

Advertisements

Sambil itu, kenyataan beliau telah mendapat respon oleh TMJ yang dilihat kurang senang dengan tindakan penyerang tersebut yang tidak berbincang tentang situasi tersebut terlebih dahulu.

Namun begitu, beliau tidak lagi ingin mengeruhkan keadaan dan segera memohon maaf atas tindakan beliau memuat naik ciapan tersebut.

Sambil mengakui, beliau tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana telah melibatkan banyak pihak termasuklah rakan sepasukan, kelab dan terutamanya TMJ yang banyak membantu dalam perjalanan karier beliau di sana.

Advertisements

“Saya mengakui tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi.”

Tindakan menurut emosi beliau itu menunjukkan rasa kurang senang TMJ yang tidak mahu beliau bertindak secara tidak profesional seperti itu.

“Saya seharusnya berfikir di mana kesilapan saya selama ini.”

Advertisements

Semoga segala permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara baik agar kelibat Syafiq dapat ditonton semula di atas padang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram