Syazwan Andik: Bank Hubungi Kami Setiap Hari
Dunia
Melaka united
Advertisements

Pertahanan Melaka United (MU), Syazwan Andik mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau bersama pemain MU yang lain tidak menerima gaji sudah memasuki 5 bulan.  

Beliau sangat kecewa dengan pihak pengurusan yang tidak memberi sebarang respon terhadap perkara ini, sebaliknya hanya berdiam diri sahaja. 

Tambahnya, beliau sudahpun merujuk kepada pihak Melaka United Soccer Association (MUSA), namun pihaknya menjelaskan bahawa mereka tidak lagi bertanggungjawab berkenaan isu ini. 

Advertisements

“Bila kami mesej tidak dibalas. Hanya dibaca sahaja. Bila kami hubungi tidak dijawap. Hanya diam sahaja pemilik Melaka ni. Bila tanya pihak MUSA (Melaka United Soccer Association) mereka cakap sudah tiada kena mengena.

“Sudah lima bulan kami tidak bergaji. Komitmen banyak tertunggak. Pihak bank hubungi hari-hari. Nak sara keluarga lagi. Nak minta tolong siapa lagi?,” katanya di laman sosial Instagram milik Syazwan Andik.

Pasukan Melaka United sah tidak akan beraksi di Liga Super musim hadapan selepas gagal memperoleh lesen kebangsaan kerana tidak melepasi kriteria yang ditetapkan.  

Advertisements

Melaka United dikatakan tidak dapat mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Ogos 2022 serta tidak mempersiapkan dokumen berkaitan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram