Syed Nasrulhaq Buat Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’
Liga Super
MakanBola
Terengganu/FA Malaysia
Advertisements

Penjaga gol Terengganu FC, Syed Nasrulhaq bakal membuatkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon pening kepala.

Beliau kini mengambil alih posisi penjaga gol nombor satu skuad Peteh daripada rakan sepasukan, Suhaimi Husin.

Advertisements

Malah, kehadiran penjaga gawang berusia 25 tahun ini memberi pilihan tambahan kepada Ketua Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner pada musim ini.

Pada musim lalu, Syed memainkan peranan sebagai penjaga gol ketiga pasukan namun dilihat mula memdapat kepercayaan penuh barisan kejurulatihan.

Advertisements

Bekas penjaga gol Malaysia B-23 ini mencatatkan statistik memberangsangkan pada musim 2024/25 apabila turun dalam perlawanan penting seperti aksi suku akhir Piala FA menentang Sabah tempoh hari.

Beliau berjaya mengekang gawangnya daripada dibolosi dan membantu pasukan Pantai Timur itu untuk kekal tidak tewas musim ini.

Advertisements

Syed Nasrulhaq hanya bolos satu gol dalam 5 penampilan bersama Terengganu musim ini dengan statistik Astro Arena menyaksikan beliau mencatatkan penyelamatan tertinggi sekitar 92.9 peratus.

Beliau menghuni tangga teratas disusuli oleh Sikh Izhan (85.7%) dan juga Kalamullah Al-Hafiz dengan 84.2 peratus.

Advertisements

Prestasi beliau juga mendapat pujian beberapa bekas pemain yang mahu melihat kemunculannya bersama Harimau Malaya.

Advertisements

News Comments Account