Syed Nasrulhaq Kecewa Debut Bertukar Derita
Dunia
Persatuan Bola Sepak Malaysia
Advertisements

Penjaga gol skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan (B-23), Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin akui kecewa selepas gagal membantu pasukannya layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) Bawah 23 tahun.

Syed menjelaskan untuk penampilan pertamanya ini beliau berhasrat mahu membawa berita baik untuk pasukan namun sebaliknya derita apabila diaibkan dengan pasukan Laos dalam perlawanan kedua.

“Siapa yang tidak kecewa kegagalan pasukan mara ke peringkat separuh akhir kejohanan itu, lebih-lebih lagi tumpas kepada Laos dalam dua perlawanan berturut-turut.”

Advertisements

“Lagipun perlawanan kedua bertemu Laos itu adalah penampilan pertama saya di pentas antarabangsa, jadi sudah tentu saya mahu merakam detik indah bersama rakan sepasukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut redha dengan kekalahan ini kerana beliau dan rakan sepasukan telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk beraksi sehingga minit terakhir perlawanan.

Syed berharap agar semua pemain termasuk beliau mengambil ikhtibar untuk kembalikan momentum dalam saingan akan datang kerana beliau anggap ini adalah titik permulaan untuk pasukan kebangsaan melangkah maju kehadapan.

Advertisements

“Namun apa boleh buat kami tewas, mungkin nasib tidak menyebelahi kami dalam kejohanan ini walaupun rakan sepasukan sudah bekerja keras bermula wisel pertama ditiupkan pengadil sehinggalah minit terakhir perlawanan.”

“Semoga kekalahan ini menjadi pengajaran berguna buat kami untuk kembali bangkit dalam kejohanan selepas ini selain pengalaman ini sebagai titik permulaan,” katanya kepada Harian Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram