Syihan Hazmi Buktikan Kemampuan  Sebagai Penjaga Gol No.1 Malaysia
Dunia
Flash Sukan
Advertisements

Penjaga gol pasukan negara, Ahmad Syihan Hazmi membuktikan kalibernya untuk mengemudi benteng terakhir pasukan menerusi satu persembahan yang cukup memberangsangkan ketika menewaskan Thailand semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mengemudi gawang gol Harimau Malaya ketika berkunjung ke Chiang Mai.

Beliau tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki dengan ketangkasannya menjadi faktor Malaysia layak ke pentas akhir.

Advertisements

Berdepan dengan pemain berkualiti tinggi seperti kapten pasukan Thailand, Chanatip Songkrasin selain bintang seperti Supachok dan Teerathon turut diturunkan Mano Polking.

Sepanjang 90 minit beraksi, bintang kelahiran Kelantan ini menafikan 4 percubaan tepat yang cukup berbahaya oleh skuad Gajah Perang untuk mengawal keadaan dengan baik.

Detik mencemaskan hadir pada minit ke-68 apabila kelekaan barisan pertahanan negara hampir membawa padah namun percubaan satu lawan satu oleh Suphanat Mueanta berjaya dinafikan oleh penjaga gol tinggi lampai ini.

Advertisements

Syihan juga memiliki kebolehan yang cukup baik untuk memulakan gerak dari bawah selain ketenangannya menyukarkan tekanan yang diberikan oleh barisan serangan Thailand.

Sungguhpun bolos pada saat akhir perlawanan, penjaga gol Negeri Sembilan ini terus menjadi sandaran pasukan pada penentuan sepakan penalti.

Syihan akhirnya berjaya menafikan sepakan yang diambil oleh pemain sayap sensasi Thailand, Supachok Sarachat untuk membawa Malaysia ke final.

Advertisements

Jelasnya, kemenangan ini juga hasil kerjasama pasukan yang bertungkus-lumu memberikan yang terbaik di atas padang.

“Bukan saya seorang sahaja tetapi satu pasukan beraksi dengan baik pada malam ini.”

Pada perlawanan akhir nanti, Harimau Malaya akan turun berdepan Tajikistan yang turut mara selepas mengatasi Trinidad & Tobago .

Advertisements

Kini, kita berpeluang untuk menamatkan kemarau 44 tahun kejuaraan King’s Cup ini pada 25 September kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram