“Takkan Boss Zam Masih Ragu-Ragu?” – Soal Bekas Penyerang TRW
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Suasana yang begitu lama dirindui terjadi di Kota Bharu pada Sabtu, apabila Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ‘full-house’ dek kebanjiran penyokong ketika pertembungan antara TRW Kelantan FC dan JDT.

Statistik rasmi menunjukkan angka 20,011 tiket terjual, manakala secara kasar apabila dicampur dengan penyokong yang datang atas tiket percuma, jemputan khas dan sebagainya, jumlahnya sudah tentu lebih ramai.

Ini adalah kali pertama suasana sedemikian dapat disaksikan di Kota Bharu selepas bertahun lamanya.

Advertisements

Namun apa yang dikhuatiri, ‘fenomena’ ini berlaku hanya ketika skuad TRW berdepan JDT dan berkemungkinan selepas ini kehadiran penyokong kembali menjadi tidak begitu memberangsangkan.

Justeru rata-rata penyokong mahu pemilik pasukan Norizam Tukiman (Zamsaham) mula berbelanja untuk memantapkan pasukan, membawa masuk pemain-pemain yang ada nama supaya Kelantan menjadi antara pencabar terkuat Liga Super musim depan.

Malahan, bekas penyerang prolifik TRW, Norfarhan Muhammad sendiri berkongsi pandangan sama dan menyoal sekiranya Zamsaham masih ragu-ragu untuk berbelanja besar.

Advertisements

“Melihat fenomena penyokong Kelantan FC kembali ke stadium semalam, (saya) masih tertanya-tanya apakah Boss Zam masih ragu-ragu untuk berbelanja besar untuk membina pasukan yang mampu bersaing pada 2023?

“Target top 5 masih ragu-ragukah?? Come on, penyokong dah buktikan ‘rapak pagar’. Semoga cemerlang 2023, selamat maju jaya TRW,” ujar Norfarhan yang merupakan tonggak Kelantan menjulang treble bersejarah pada 2012.

Ketika era Norfarhan, Kelantan dibarisi begitu ramai pemain berprofil tinggi termasuklah Badhri Radzi, Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahyuddin, S.Subramaniam, Shakir Shaari dan Khairul Fahmi Che Mat lantas menjadikan mereka sebagai gergasi bolasepak tanah air waktu itu.

Advertisements

Berita Berkaitan : Norfarhan Yakin Kelantan Berada di Tangan Orang Yang Betul

Situasi itu berubah dalam beberapa tahun kebelakangan, terutama apabila Zamsaham mengambil alih pasukan beliau membina semula pasukan ini dengan bertulang belakangkan pemain-pemain muda.

Bagaimanapun selari dengan peningkatan ditunjukkan, Zamsaham menyatakan kesediaannya untuk berbelanja membawa masuk pemain bintang sekiranya penyokong juga tidak lokek berbelanja dalam memberi sokongan kepada usaha pengurusan sambil menyatakan bahawa kenaikan harga tiket adalah satu inisiatif ke arah itu.

Advertisements

Malah baru-baru ini, beliau memaklumkan bahawa Kelantan akan mengisi kesemua sembilan slot import yang dibenarkan oleh Malaysian Football League (MFL) dengan pemain dari Afrika menjadi antara keutamaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram