Singapura Sedia ‘Rungkai’ Keampuhan Taktikal Disiplin Anak Buah Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Keampuhan percaturan jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon dijangka bakal diuji oleh barisan pemain Singapura Sabtu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Daudsu Jamaludin, beliau menjelaskan bahawa antara kunci kejayaan menentang Filipina tempoh hari ialah taktikal disiplin oleh para pemain.

Beliau berkata, perlawanan pertama itu menjadi medan terbaik buat anak buah jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu untuk merencanakan segala perkara yang telah pun diaturkan.

Advertisements

’Saya lihat antara perkara yang menjadi kunci kemenangan menentang Filipina ialah pemain dapat mengikut taktikal disiplin yang diaturkan oleh jurulatih (Kim Pan-gon).’

’Ada beza disiplin di luar padang dan juga taktikal disiplin dalam padang. Saya lihat pemain berjaya melakukannya dengan baik sepanjang 90 minit.’

Namun begitu, beliau tidak menafikan bahawa faktor perlawanan pertama menyebabkan Filipina sukar untuk mengetahui taktikal yang diterapkan oleh Pan-gon.

Advertisements

‘Tapi kita kena tahu yang itu perlawanan pertama Pan-gon, jadi Filipina tidak tahu apa yang pasukan negara lakukan.’

‘Jadi kita kena tunggu perlawanan menentang Singapura untuk melihat kemampuan sebenar mereka.’

Beliau yang berkongsikan perkara ini dalam siaran langsung Tiktoknya berkata, sungguhpun para pemain yang dibawa hampir sama dengan sebelum ini, namun jika para pemain mengikut perancangan yang dimahukan maka tidak mustahil dapat menumpaskan Singapura.

Advertisements

Beliau juga berharap agar para pemain dapat mengekalkan rentak ketika menumpas Filipina ketika bertemu pasukan dari seberang tambak itu.

Pasukan Singapura juga dijangka bakal menurunkan barisan terbaiknya bagi memberi saingan kepada Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram