Tano Solari Dah Mula Cipta Perancangan Simpanan Hadapi Saingan ACL
Blog
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perancangan rapi ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dilihat sudah bermula awal.

Pertembungan antara JDT berdepan Kuching City menyaksikan terdapat beberapa perubahan besar dalam percaturan formasi pengendali kelahiran Argentina itu di atas padang.

Usaha Tano untuk membentuk sebuah skuad yang ampuh di pentas Asia ini sudah pun bermula apabila skuad Harimau Selatan mencatatkan kemenangan ke-11 semalam.

Advertisements

Namun begitu, perkara yang paling menarik perhatian apabila beliau dilihat memiliki keberanian untuk melakukan perubahan formasi dan peranan yang dimainkan oleh setiap pemain berbeza dalam perlawanan yang diharungi.

Perkara ini boleh dilihat pada awalnya menerusi peranan Arif Aiman yang sering bertindak selaku penyerang tengah terutamanya pada babak kedua setiap perlawanan.

Advertisements

Sungguhpun beliau akan bermula beraksi pada bahagian kanan, Tano dalam satu temubual mengakui bahawa beliau mahu mengembangkan lagi potensi pemain muda JDT ini ke tahap yang maksima.

Bukan itu sahaja, beberapa orang lagi pemain seperti Akhyar Rashid yang bermain lebih ke tengah sejak akhir musim lalu.

Advertisements

Perkara yang paling mencuri tumpuan adalah apabila pertahanan kelahiran Filipina-Sepanyol, Oscar Arribas dikesan beraksi sebagai pertahanan kanan semalam berbanding posisi kebiasaannya pada bahagian kiri padang.

Kemasukan pemain berbakat besar JDT, Ramadan Saifullah yang beroperasi selaku wing-back dalam sistem solari semalam memberi impak yang cukup signifikan sungguhpun hanya beraksi 15 minit terakhir perlawanan.

Advertisements

Ini juga membuktikan bahawa persediaan rapi sedang diatur untuk membolehkan JDT bersaing secara serius terutamanya bagi mara dengan lebih jauh dalam kempen kali ini.

JDT merekodkan jaringan 47 gol dan hanya dibolosi satu gol sahaja dalam saingan Liga Super musim ini sekaligus berpeluang memecahkan rekod jaringan yang dilakukan pada musim 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram