Tano Solari Puji Impak Segera Syamer Kutty
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memuji impak segera yang dipamerkan pemain tengah JDT, Syamer Kutty Abba yang diturunkan dalam aksi Liga Super menentang KL City pada semalam.

Diturunkan sebagai pemain gantian, Syamer telah memikul tanggungjawab di bahagian tengah dengan sangat baik. Kemampuan yang dimiliki Syamer menjadi tonik tambahan buat JDT dalam aksi menentang KL City pada babak kedua perlawanan.

“Ya kita tahu tentang kemampuan dia (Syamer). Dia merupakan solusi terbaik buat kami kerana Syamer merupakan seorang pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi.”

Advertisements

Tano Solari mengakui Syamer memiliki kelebihan dalam membuat decision making yang cepat. Pengendali JDT itu turut gembira dapat memberikan peluang buat Syamer untuk kembali beraksi bersama pasukan.

“Beliau boleh beraksi di bahagian bawah atau depan. Seorang pemain yang memiliki fizikal yang baik dan pintar dalam membuat keputusan. Beliau beraksi dengan cemerlang dan satu perkara yang baik untuk beliau mendapat minit permainan.”

“Untuk perlawanan yang akan datang saya pasti Syamer akan bantu kami dalam setiap keadaan,” ujar Tano Solari dalam sidang media pasca perlawanan.

Advertisements

Syamer sebelum ini telah berehat selama lebih 6 bulan kerana kecederaan lutut yang dialaminya. Kini beliau kembali dan semestinya akan berusaha untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama JDT.

Aksi seterusnya menyaksikan skuad kendalian Esteban Solari bakal berentap menentang anak buah K. Devan dalam misi mengekalkan kemenangan sekaligus memungut tiga mata berharga di tempat lawan. JDT bakal menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi pada Isnin depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram