Tarikh Kalendar FIFA Jadi Penentu Hukuman Buat Rizal Ghazali
Dunia
FAM
Advertisements

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar tampil mengulas berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan peminat bola sepak tempatan terhadap tindakan pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali yang gagal melapor diri ke kem latihan pusat kali ini.

Saifuddin menyatakan bahawa pihak FAM belum lagi berbincang untuk mengenakan apa-apa tindakan ekoran latihan skuad Harimau Malaya ketika ini diadakan bukan daripada tarikh Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.

“Kita hanya boleh mengambil tindakan jika beliau tidak menghadiri latihan kebangsaan pada tarikh FIFA tersebut, jadi apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu sampai tarikh tersebut iaitu pada 21 Mac.”

Advertisements

Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan bahawa akan ada tindakan tatatertib yang diambil jika Rizal tidak dapat melapor diri tanpa alasan yang kukuh.

“Jika pada tarikh tersebut beliau tidak menghadirkan diri, kita akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa tatatertib yang boleh mengambil keputusan dan sebarang tindakan ke atas beliau,” ujar Saifuddin ketika ditemui Bernama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Menerusi satu potongan video di Twitter Astro Arena, Saifuddin menjelaskan bahawa denda sebanyak RM 25000 bakal dikenakan terhadap mana-mana pemain yang gagal melapor diri setelah mendapat panggilan kebangsaan tanpa mengemukakan alasan kukuh.

“Peraturan tatatertib memang dah ditetapkan, yang pertama akan ada penalti yang akan dikenakan keatas pemain sebanyak 25 ribu ringgit dan juga jawatankuasa tatatertib boleh mengambil tindakan selanjutnya,” kata Saifuddin.

Advertisements

Rizal Ghazali sebelum ini telah menolak pelawaan panggilan skuad kebangsaan bagi menggantikan posisi Syahmi Safari yang meminta pelepasan kerana menimang cahaya mata baru. Bagaimanapun, Khuzaimi Piee telah dipanggil untuk melengkapkan senarai 30 pemain Kim Pan-gon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram