Advertisement
Tchetche Kipre Kini Milik KL City
Dunia
MakanBola
Officialterengganufc

Pemain kelahiran Ivory Coast, Tchetche Kipre telah sah diumumkan sebagai pemain baharu pasukan Kuala Lumpur City FC sebentar tadi.

Sebelum ini desa desus yang mengatakan beliau akan tamatkan jodoh dengan Liga Malaysia. Tetapi nampaknya jodoh penyerang itu masih panjang apabila khidmatnya ditagih KL City FC untuk saingan musim hadapan.

Tchetche Kipre yang sudah lama berkhidmat di dalam pasukan Terengganu sering menjadi bualan jurulatih kelab lain kerana prestasi yang dipamerkan cukup cemerlang musim ini.

Untuk rekod, Kipre merupakan pemain yang pernah dibawa masuk Terengganu buat kali yang kedua kerana beliau diberi kepercayaan oleh pasukan Terengganu waktu itu.

Dan semestinya Kipre akan membentuk keserasian dengan barisan-barisan City Boys bagi memperkuatkan lagi di bahagian serangan bersama Romel Morales.