Tchetche Mahu Jadi Tunjang Utama Terengganu
Dunia
terengganufc
Advertisements

Penyerang import Terengganu FC, Kipre Tchetche menyatakan hasrat mahu menjadi tunjang utama pasukan TFC kerana beliau akui sudah kembali cergas sepenuhnya untuk beraksi dalam saingan musim ini.

Pemain kelahiran Ivory Coast, Kipre Tchetche ini dilihat kecewa kerana harapannya untuk bermain buat kali pertama musim ini tidak kesampaian.

Dalam pada itu, pemain yang digelar ‘Drogba Ganu’ itu turut meluahkan rasa gembira kerana dapat kembali berjasa bersama Terengganu FC untuk bangkit memburu kejuaraan musim ini.

Advertisements

“Kini saya sudah cergas sepenuhnya untuk memulakan sepak mula Liga Malaysia (Liga M) walaupun ketika aksi pramusim saya mengalami sedikit masalah kesihatan.”

“Begitu juga dengan rakan sepasukan yang bagaikan tidak sabar lagi untuk turun beraksi buat kali pertama musim ini bagi mengutip mata maksimum sekali gus menyuntik semangat untuk aksi pusingan pertama Piala FA minggu depan,” katanya kepada Harian Metro.

“Namun malangnya impian untuk beraksi tidak kesampaian kerana perlu menanti pada bulan depan sebelum dapat membuat penampilan sulung bersama TFC musim ini, tapi saya akur dengan situasi terkini itu, namun, apa yang penting saya gembira dapat kembali menabur bakti bersama pasukan TFC ini,” ujarnya.

Advertisements

Pada 5 Mac lalu pertemuan Terengganu FC dengan Sri Pahang FC juga terpaksa ditangguhkan berikutan 22 pemain dan pegawai skuad Tok Gajah positif Covid-19.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram