‘Tegas Dan Mesra’ Jadi Kunci Pan-gon Utuhkan Ikatan Hati Pemain Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kehadiran jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan barisan staf kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu jelas memberi impak yang cukup besar dalam usaha menyatukan semula para pemain yang dipanggil.

Umum mengetahui bahawa pasukan negara melalui detik yang sukar apabila tersingkir awal daripada kejohanan Piala AFF Suzuki akhir tahun lalu.

Ia seakan menambah duka apabila persembahan yang dipamerkan oleh anak didik Tan Cheng Hoe jelas berada di bawah kemampuan sebenar selain faktor-faktor pemain yang mengalami kecederaan dan dijangkiti COVID-19 turut memberi impak.

Advertisements

Oleh yang demikian, kehadiran Pan-gon membawa harapan puluhan juta rakyat Malaysia yang mahu melihat kegemilangan Harimau Malaya setelah mampu beraksi dengan permainan bermutu tinggi pada tahun 2018.

Namun begitu, barisan 30 orang pemain kali ini dilihat memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang sesi latihan rasmi yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bukan itu sahaja, kesungguhan dan juga komitmen para pemain untuk terus memperbaiki segala kelompongan dalam tempoh yang singkat ini diharap dapat diterjemahkan ketika beraksi di atas padang nanti.

Advertisements

Dalam satu rakaman yang dimuat naik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menunjukkan ketegasan dan disiplin yang tinggi oleh staf kejurulatihan baharu ini untuk memastikan para pemain terus komited dalam latihan.

Mereka juga mewujudkan kemesraan bersama barisan pemain walaupun masih dalam tempoh suai kenal dalam kem tersebut.

Kelibat jurulatih kelahiran Korea Selatan itu juga menjadi watak penting apabila beliau meninjau secara dekat keadaan para pemain yang selesai menjalani latihan.

Advertisements

Pan-gon sempat berbual singkat selain meraikan para pemain yang sedang kepenatan dengan melemparkan senyuman sambil dibalas mesra oleh para pemain yang disapa.

Barisan penjaga gol juga dilihat cukup bersedia dan gembira tatkala menjalani latihan ringan bersama jurulatih penjaga gol baharu, Cho Junho.

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Pan Gon ini dijadual bertemu Filipina pada 23 Mac 2022 dan bertemu Singapura pada 26 Mac 2022 dan juga Albirex Nigata pada 28 Mac di Singapura sebagai persiapan dan persediaan pasukan menjelang Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram