Tenang ‘Melampau’, Khuzaimi Piee Tunjuk Bakat Luar Biasa Kemudi Pertahanan Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pertahanan Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee buktikan kemampuannya untuk terus menjadi taruhan utama Kim Pan-gon selepas aksi cemerlangnya mengawal jentera pertahanan Harimau Malaya.

Ketenangan yang melampau adalah satu kelebihan yang dimiliki oleh pemain berusia 28 tahun ini dalam aksi sulungnya di pentas antarabangsa.

Ad

Bekas pemain UiTM FC ini beraksi cemerlang dengan menunjukkan sikap ‘rajin’ membantu jentera tengah dalam menguasai permainan. Beliau berjaya mengekang asakan daripada daripada barisan penyerang Filipina yang memilki bentuk badan sasa.

Ad

Khuzaimi Piee beraksi cemerlang sepanjang aksi 50 minit permainan dengan mencatatkan rekod tanpa bolos pada debut pertamanya kali ini.

Gandingan yang mantap bersama Shahrul Saad berjaya mempamerkan keampuhan skuad Harimau Malaya untuk mengekalkan rekod tanpa bolos sehingga tamat permainan.

Ad

Aksi luar biasa yang ditampilkan pemain kelahiran Melaka ini bakal menjadi titik mula untuk terus mempamerkan kredibiliti yang beliau telah peram sebelum ini.

Ad