Terengganu Bakal Uji Kekuatan Kelab Liga 1 Thailand
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Beberapa pasukan Liga Super telah mengumumkan rancangan pra-musim mereka di luar negara. Terbaru, giliran Terengganu pula mengumumkan program pra-musim mereka termasuk empat perlawanan persahabatan di Thailand.

Jurulatih baru skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner melihat aksi-aksi persahabatan ini sebagai cara mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan sebelum saingan liga bermula pada akhir Februari ini.

Selain itu, ini juga peluang membina keserasian dalam kalangan pemain termasuk pemain-pemain import. Ini kerana sebahagian besar pemain import Terengganu merupakan awang import baru.

Advertisements

“Kami merancang untuk ‘berkampung’ di Thailand dalam aksi persahabatan selama seminggu bermula 7 Februari depan membabitkan empat perlawanan termasuk menentang kelab Liga Divisyen Satu Thailand, Chonburi FC.

“Bagaimanapun, sebelum bertandang ke Negara Gajah Putih itu, kami sudah mengatur beberapa perlawanan persahabatan tempatan termasuk berdepan Kelantan United FC (KUFC) pada 21 Januari dan ke Lembah Klang pada hujung bulan ini menentang pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Negeri Sembilan FC (NSFC) dan pasukan KL City FC Bawah 23 Tahun (B-23).

“Kita juga akan atur aksi persahabatan di tempat sendiri bagi memastikan terutama pemain import baru dapat membiasakan diri dengan keadaan padang dan suasana di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Advertisements

“Pada aksi persahabatan itu nanti, saya mahu melihat dan menilai kemampuan dan prestasi setiap pemain, begitu juga dalam aspek kelemahan dan kekuatan pasukan serta keserasian mereka bersama pemain baru.

“Jadi sebelum liga bermula, kami akan memilih sekurang-kurangnya 23 pemain terbaik untuk bersama pasukan mengharungi kancah Liga M dan juga Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia),” katanya.

Musim ini, Terengganu membawa masuk lima pemain import baru iaitu Ivan Mamut dan Damagoj Pusic dari Croatia, Sony Norde (Haiti), Adisak Kraisorn (Thailand) dan Sardor Kulmatov (Uzbekistan).

Advertisements

Sementara khidmat Habib Haroon (Bahrain), Argzim Redzovic (Montenegro), Jordan Mintah (Ghana) dan Luke Woodland (Filipina) terus dikekalkan untuk saingan liga musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram