Dunia
Advertisements

Pasukan Terengganu FC bakal lebih ‘kebal’ selepas berjaya mendapatkan khidmat pemain berdarah campuran Malaysia-Scotland, Stuart Wark.

Stuart Wark yang berusia 31 tahun merupakan bekas tonggak pasukan PDRM musim lalu dan telah mengikat kontrak selama setahun bersama TFC dan kehadirannya pasti mampu memantapkan lagi skuad naib juara Piala Malaysia 2018 itu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh media rasmi TFC, pemain yang memulakan kariernya bersama kelab Lugar Boswell Thistle dalam Liga Scotland menjadi pilihan TFC selepas berjaya memikat barisan jurulatih pasukan itu.

Advertisements

Stuart Wark adalah merupakan pemain tempatan kacukan pertama bagi skuad TFC dan semestinya ini akan memberikan kelebihan buat pasukan kerana dia juga seorang pemain yang mempunyai fizikal ketinggian yang baik.

st 2 Terengganu FC Bakal 'Kebal' Bersama Stuart Wark
Wark pernah beraksi bersama Felda United, JDT II, Pulau Pinang, Sabah dan PDRM

Bagi pengendali Terengganu, Mohd Nafuzi Zain, beliau menyifatkan Stuart Wark sebagai seorang pemain yang versatil dan kebolehan beraksi dalam pelbagai posisi sebagai aset kepada TFC.

“Ketika bersama PDRM, saya pernah lihat dia beraksi sebagai penyerang dan pemain sayap. Selain itu, Wark turut mampu diturunkan di posisi tengah serta pertahanan. Jadi, dia seorang pemain serba boleh,” jelas Nafuzi.

Advertisements

Kehadiran Wark diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak TFC terutama untuk memantapkan bahagian pertahanan pasukan bagi aksi Liga Malaysia 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram