Beraksi Berturutan Di Tempat Lawan, Terengganu FC Mohon MFL Lebih Adil
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Sehingga kini, pasukan Terengganu FC (TFC) masih belum lagi menerima apa-apa maklum balas daripada Malaysia Football League (MFL) selepas bantahan dikemukakan TFC berhubung jadual Liga Super musim ini yang dilihat tidak masuk akal.

Pengurus TFC, Mohd Fadhil Wahab berkata, pihaknya percaya MFL mampu membuat keputusan yang adil dan terbaik demi kemajuan bola sepak negara.

“Setakat ini kita belum menerima apa-apa keputusan daripada pihak MFL berhubung bantahan mengenai jadual perlawanan Liga Super itu walaupun perbincangan telah dilakukan dan pada masa sama kita masih menunggu jawapan daripada MFL dalam tempoh dua tiga hari lagi.

Advertisements

“Apa yang kita harapkan keputusan terbaik dan adil demi kebaikan pasukan TFC selain kelancaran dalam saingan liga bagi kedua-dua pihak sebab keputusan segera diperlukan sebagai persiapan pihak pengurusan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini pihak pengurusan TFC kurang berpuas hati dengan penyusunan jadual Liga Super yang perlu dilalui TFC yang dilihat tidak adil dan berat sebelah

Ini kerana, skuad TFC kendalian Nafuzi Zain terpaksa beraksi dalam tiga perlawanan liga secara berturut-turut di tempat lawan pada bulan Ramadan sebelum kembali beraksi di laman sendiri pada 22 April.

Advertisements

Bukan sahaja itu, malah mereka juga terpaksa bermain di gelanggang lawan pada tiga perlawanan terakhir Liga Super yang mana ianya mampu memberikan kesan kepada prestasi dan keputusan perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram