Terengganu Terima Tajaan RM1.6 Juta
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu mendapat suntikan kewangan tambahan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Ini selepas mereka menerima penajaan sebanyak RM1.6 juta daripada Kumpulan Terengganu Inc.

Kehadiran syarikat pelaburan induk strategik kerajaan negeri itu merupakan tanda sokongan berterusan buat skuad Penyu yang telah mengharumkan nama Terengganu dalam sukan bola sepak.

Kelibat Terengganu Inc sebagai penaja skuad Penyu bukan sesuatu yang baru kerana telah menjadi penaja pasukan berkenaan sejak tahun 2017.

Advertisements

Bagi musim liga 2023, tajaan Terengganu Inc membabitkan beberapa anak syarikat kumpulan seperti Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dan Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (LRTSB).

Pemeteraian perjanjian penajaan dibuat oleh CEO Kumpulan EPIC, Ridzuan Ali, CEO SATU, Ts. Abdul Karim Endut, Ketua Eksekutif LRTSB, Che Ku Hafiz Che Ku Denang dan CEO TFCSB, Ab Rasid Jusoh.

Majlis pemeteraian perjanjian disaksikan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed @ Harun dan COO TFCSB, Mohd Sabri Abas. Majlis turut dihadiri oleh pihak media dan pemain-pemain skuad Penyu.

Advertisements

Kumpulan Terengganu Inc dalam satu kenyataan berharap tajaan mereka dapat membantu Terengganu menunjukkan prestasi cemerlang dalam semua kejohanan yang disertai termasuk Liga Super, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Selain itu, mereka melihat penajaan ini dapat menaikkan lagi nama Terengganu Inc di mata negara dan rantau Asia amnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram