“Terima Kasih Selangor Bantu Pulihkan Saya” – Nik Sharif
Dunia
Terengganu Football Club
Advertisements

Pemain sayap lincah, Nik Sharif Haseefy Md Lazim berharap dapat memberikan impak kepada Terengganu FC selepas direkrut secara kekal oleh pasukan itu musim ini.

Dia pada musim lalu bermain secara pinjaman dengan sang penyu, berjaya menyerlah dan menambat hati barisan kejurulatihan serta para penyokong. Malah dia turut menjaringkan tiga gol dalam 26 penampilan secara keseluruhan.

Nik Sharif beranggapan kekal bersama Terengganu adalah pilihan terbaik walaupun mereka tidak lagi dibimbing Nafuzi Zain, jurulatih yang bertanggungjawab membawanya masuk ke kelab itu.

Advertisements

“Terengganu memang banyak memberi ruang kepada saya untuk lebih menyerlah pada musim lepas dan terima kasih kepada semua yang telah mempercayai keupayaan saya terutamanya jurulatih, Nafuzi Zain.

“Antara faktor kenapa saya ingin kekal di Terengganu adalah untuk mencari pengalaman beraksi di Piala AFC selain ini juga adalah dorongan daripada keluarga terutamanya ibu saya untuk terus beraksi bersama pasukan ini.

Advertisements

“Sudah tentu ia bukan mudah sebab kita tahu ramai muka baharu yang datang termasuklah jurulatih baharu, Tomislav Steinbruckner dan kita perlu segera menyesuaikan diri dengan taktikal dan latihan selepas ini.

“Misi saya adalah untuk cuba menjaringkan lebih banyak gol selepas ini di mana saya ingin perbaiki pencapaian individu yang mana saya berharap ia juga dapat membantu rakan-rakan lain pada musim ini”, ujar Nik Sharif.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun ini mula membina nama bersama negeri kelahirannya Pahang pada musim pendek Liiga Super 2020 dan tahun berikutnya menyertai Selangor.

Namun sayangnya dia terpaksa berehat panjang sebelum musim 2021 bermula kerana kecederaan buku lali.

Advertisements

“Saya dah bersama Selangor selama lebih satu musim sebelum dipinjamkan ke Terengganu FC, jadi saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka atas segalanya.

“Terutamanya apabila mereka sudah menjaga saya dengan baik khususnya daripada segi kebajikan dan juga sepanjang proses pemulihan sewaktu saya cedera, terima kasih Selangor”, kata Nik Sharif lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram