Terima Kasih TMJ Tapi Perbadanan Stadium Akan Tentukan Sendiri Jenis Rumput Yang Akan Digunakan
Dunia
Faisal Azumu-The Skop
Advertisements

Usaha murni pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan satu tindakan yang wajar dipuji.

Bukan itu sahaja, tindakan murah hati baginda mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menghargai usaha keras TMJ untuk membantu pihak FAM.

Faizal menerusi satu ciapan di laman Twitter rasminya menzahirkan penghargaan kepada TMJ atas tawaran untuk menaja rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

‘Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor, @HRHJohorII atas kurniaan penajaan penanaman rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil.’

Sebelum ini, menerusi satu kenyataan oleh Baginda Tunku di laman rasmi Johor Southern Tigers menjelaskan hasratnya untuk menaja rumput baharu jenis Zeon Zoysia yang sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

‘Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), bagi memastikan Stadium Nasional, mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa,’- titah Baginda.

Advertisements

Namun begitu, menurut laporan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), masih tiada ada apa-apa hitam putih antara kementerian itu dan TMJ sehingga kini.

Hal ini juga disebabkan pihak PSM sedang menanti laporan kajian mengenai jenis rumput yang paling sesuai digunakan sebelum memberi kata putus mengenai tawaran tersebut.

‘Badan Lembaga PSM akan membuat keputusan mengenai jenis rumput paling sesuai berdasarkan kepada bukti saintifik didapati daripada pakar runding.’

Advertisements

‘PSM dan KBS tidak mahu membuat keputusan terburu-buru, tetapi berdasarkan kepada laporan saintifik bagi mengelakkan berlakunya isu berkaitan rumput di stadium tersebut.’

Sungguhpun begitu, pihak PSM mahu membuat penialain secara terperinci dengan melihat pelbagai aspek sebelum membuat keputusan akhir.

“Terdapat pandangan berbeza berkaitan ‘Cow Grass’, ada yang suka dan ada yang tidak. Kami juga perlu melihat kepada pelbagai aspek, termasuklah tujuan penggunaan stadium, jika ia terhad kepada bola sepak, ia akan memberi kesan kepada pendapatan PSM,” kata sumber kepada Bernama.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya bakal menjalani latihan selama lapan hari bermula 14 Mac (Isnin), untuk menghadapi Siri Tiga-Negara FAS 2022 berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura (26 Mac).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram