Advertising
“Terima Kasih Tunku Ismail” – Alvaro Gonzalez
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Alvaro Gonzalez menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemilik pasukan, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Baru-baru ini, Gonzalez telah diumumkan sebagai ‘kereta kebal’ baharu JDT bagi memperkuat benteng pertahanan menjelang baki 2 aksi AFC Champions League Elite (ACLE).

Ad

Dengan kehadiran Gonzalez di benteng pertahanan, Hector Bidoglio selaku jurulatih JDT miliki lebih banyak pilihan bagi membentuk gandingan ampuh dalam mengekang ancaman lawan.

Ad

Gonzalez yang pernah bersama kelab-kelab gergasi seperti Villareal, Marseile dan Al-Nassr bakal bergelar pertahanan termahal JDT seteleh miliki nilai pasaran mencecah RM4.5 juta

Oleh itu, Gonzalez meluahkan rasa gembira dan teruja dapat bersama JDT selain mahu bekerja keras memberi aksi terbaik untuk penyokong-penyokong serta keluarga besar juara Liga Super.

Ad

“Saya rasa gembira dan bangga menyertai kelab gergasi ini. Mari kita bekerja keras serta menikmati (permainan) di atas padang,” katanya di Instagram.

Ad

Gonzalez turut menzahirkan ucapan terima kasih buat DYAM Tunku Ismail di atas kepercayaan oleh Baginda selain melihat peluang bersama JDT bagai satu penghormatan bagi dirinya.

Ad

”Buat DYAM Tunku Ismail, saya mahu ucapkan terima kasih di atas kepercayaan serta sokongan anda sejak saya tiba di sini,”

“Ini adalah satu penghormatan menjadi sebahagian daripada keluarga (pasukan) ini.”

Selain Gonzalez, JDT turut menandatangai 2 pemain baharu di posisi tengah iaitu Jonathan Viera dan Roque Mesa untuk memperkuat pasukan Harimau Selatan sebelum tugas besar di Asia.

Ujian besar menanti JDT di ACLE apabila bakal menentang Central Coast Mariners di laman lawan pada 11 Februari ini sebelum bertemu Pohang Steelers di gelanggang sendiri.