Tonggak Penang FC, Fairuz Zakaria dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras kepada tonggak Kedah Darul Aman.
Aksi yang belangsung di Stadium Bandaraya itu menyaksikan anak didik Akmal Rizal tunduk dengan keputusan 1-0.
Babak akhir permainan bagaimanapun dihiasi dengan aksi kasar oleh Fairuz Zakaria terhadap anak buah Nafuzi Zain, Zamri Pin.
Beliau dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan sebelah melakukan kecederaan ke arah kaki pemain lawan.
Tindakan susulan Fairuz yang menolak pengadil sebelum menumbuk muka Habib Haroon mengundang rasa kurang senang para pemain Sang Kenari.
Beliau juga dilihat cuma memprotes keputusan tersebut sebelum meninggalkan padang dan dikesan menunjukkan isyarat kurang sopan dalam satu klip yang tular di media sosial.
Kejadian pada minit ke-87 itu memaksa Penang menghabiskan perlawanan di laman sendiri dengan 10 pemain.