Tersingkir Awal Piala Asia B-23, Maloney Akan Bincang Masa Depan Dengan FAM
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Tewas dua perlawanan Piala Asia Bawah 23 (B-23) kepada Korea Selatan dan Thailand seperti memberikan tamparan yang hebat buat pengendali pasukan B-23 negara, Brad Maloney. Mana tidaknya, baru sahaja melalui dua perlawanan namun skuad negara sudah dibolosi tujuh gol dan hanya menjaringkan satu gol.

Maloney ketika ditemui media selepas perlawanan mengesahkan akan membincangkan masa depannya sebagai jurulatih bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandangkan kontraknya akan berakhir Disember 2023.

“Ya, saya rasa begitu. Terlintas di fikiran saya, sesuatu yang jelas mungkin perlu berbincang dengan pihak pengurusan (FAM) sebaik sahaja kembali nanti,” katanya dalam sidang media selepas ditanya mengenai masa depannya sebagai jurulatih bawah 23 tahun negara seperti dilaporkan Bernama.

Advertisements

Skuad B-23 negara tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada Khamis lepas sebelum dibelasah 3-0 oleh musuh tradisi, Thailand malam tadi.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Thailand malam tadi, Maloney berkata pemain kendaliannya berjaya menunjukkan aksi terbaik hanya untuk 20 minit pertama sahaja sebelum hilang fokus dan gagal mengekang serangan pemain Thailand.

“Kami mengawal permainan untuk 20 minit pertama, walaubagaimanapun apabila setelah dibolosi pada minit ke-23 kami cuba mengejar untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan,” katanya yang mengakui skuad Gajah Perang itu sememangnya layak mendapat tiga mata dengan aksi cemerlang dipamerkan pemain-pemain negara itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram